“Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan hasad dengki orang”

Halaman

Cuti Lama di Kampung


Sudah agak lama Ina tidak menulis di alam maya ni. Tiada semangat untuk menulis mungkin. Kali ini Ina nak kongsikan kisah sepanjang Ina bercuti lama di kampung. Penghujung Jun lalu Ina amik cuti untuk pulang ke kampung di Pahang sebab kebetulan suami Ina amik cuti. Ina pun ajaklah balik Pahang sebab bukan senang die nak cuti lama sket, 4 hari termasuk hari rehatnya.

Sebelum tu Ina flashback dulu kejadian bulan Mei. Awal Mei lalu Ina ada demam sikit dan satu pagi sebelum ke tempat kerja Ina loya sangat masa basuh najis kucing jiran belakang rumah yang suka-suka hati berak kat penyapu laman Ina. Biasa Ina tak kesah sangat kalo membasuh najis kucing ni, dah biasa sebab masa kecil dulu dah jadi kerja rutin dek kerana suka pelihara kucing. Tapi kali ni boleh lah loya mungkin sebab Ina tak sehat sangat masa tu. Esok pagi pun Ina masih juga muntah-muntah dan suami Ina cakap mungkin sebab Ina mengandung. Ina kata ntahlah.

Sebenarnya Ina dan suami memang dah plan nak tambah keluarga dan dah mula sejak bulan Mac namun penghujung bulan Mac tu Ina masih period. Lepas tu Ina ajak suami gi klinik pasal tak sehat tu sebab tekak dah mula sakit. Bila cakap tak sehat je terus doktor tanye period, masa tu baru teringat yang bulan April Ina memang tak period. Terus doktor sarankan buat urine test dan hasilnya positif. Syukur Alhamdulillah. 

Lepas tu balik Pahang juga sekejap sebab nak mengundi. Masa tu Ina jadi salah seorang petugas parti, dalam tengah-tengah tanda nama pemilih pun sempat duk curi2 makan asam. Masa tu balik sekejap je, malam lepas kertas undi dibawa oleh petugas SPR trus ina blik rumah siap-siap balik Nilai.

Lepas balik Nilai Ina telah alami alahan yang sangat teruk. Langsung tak boleh bau apa2 makanan, perfume, sabun pendek kata semua yang berbau. Even aircond kereta pun sampai sekarang Ina tak bley bau. Kat tempat kerja melepek, balik kerja melepek... sehingga sekarang dekat 6kg juga berat Ina susut.

Berbalik pada cerita asal tadi, bila dah teruk sangat alahan Ina, Ina mintak kat suami nak ambil cuti tanpa gaji   seminggu duea untuk berehat di kampung, tapi suami sarankan lebih baik masuk wad masuk air. Ina tak mau dan bila suami Ina amik cuti agak lama tak tunggu lagi terus ina ajak balik Pahang lagi. Padahal hujung May tu dah dekat seminggu bercuti di Terengganu, sebab suami nak siapkan wiring rumah mertua Ina.

Bak kata suami Ina, sampai kampung je terus sehat. Terus ada selera makan, kebetulan mak dan adik bongsu Ina masak sambal bilis petai dan patin tempoyak. Menambah-nambah tak ingat dunia Ina makan. Bertambah seronok sebab adik bongsu Ina pun ada kat rumah dek kerana Melaka jerebu teruk, suaminya hantar die berdua beranak duk kat kampung seminggu. Tu yang seronok sangat tu. Tambahan pulak adik lelaki Ina memang dah menetap kat kampung dengan mak, meriah ler dengan adanya ipar, adik & anak-anak sedara.

Malam tu Ina tak boleh kencing. Sebenarnya sejak mengandung sering juga Ina kena kencing tak lawas. Pagi tu pun dah kena juga, petang tu mak Ina buat air ubat suh minum agak ok sket. Malam tu bile dah sakit sangat Ina kejutkan mak abah. Terus mak Ina kejutkan suami Ina bawak pi Hospital Temerloh, ke bahagian emergency. masuk tiub..dekat 1 liter keluar. Doktor bagi cuti sakit 02 minggu sebab kena pakai tiub ni 02 minggu. Terus suami Ina cakap permintaan Ina dah dikabulkan sebab nak sangat cuti lama..ngeh..ngeh...

Dalam pada bertiub tu ayah saudara Ina tenat di Jengka 10. Kami ke Jengka 10 malam, 4pg ayah sedara Ina nazak dan meninggal dunia pukul 8pg tu. Yang paling Ina kesiankan mak Ina lah, mana nak urus Ina, nak urus si Fakhruddin, dengan kesedihannya lagi atas pemergiah adik yg paling rapat dengannya.

Masuk seminggu Ina dah tak tahan sangat sakit dek kerana tiub tu. Air kencing pun asik berdarah je Ina ajak abah pergi KK, doktor cabutkan dan terus ok. Alhamdulillah dapat kencing dengan normal. Bermulalah era seronok bercuti di kampung. 

Ni projek pertama Ina, DIY-Upgrade alas walker. Walker ni Fakhruddin punye dulu, Ina berikan pada adik Ina sebab anaknya dah bley duk dalam walker. Cuma kainnye kecil sangat dan anak sedara Ina yang kecil tu asik tersenget kat lubang kaki. Sudahnya haruslah dibuat lapik baru. Idea asal oleh adik bongsu Ina, Ina cuma tetas semula dan membuat sedikit penambah baikkan.




Hasilnya.,
Muhammad Hadif Qayyum. 

Antara aktiviti Fakhruddin di Kampung.


~ Menolong atuk ~

Sebelah sana traktor, berpagar zink tu kolam ikan. Kolam panjang sepanjang keliling depan rumah.
Kat situlah tempat abang2, anak2 sedara dan suami Ina lepas gian memancing. Dapat ikan terus jadi menu. Kadang-kadang bila ramai yang balik diadakan acara pertandingan memancing.
Fakhruddin asik duk tepi kolam je main air.

Kat atas tu, yang ada dinding daun macam daun nipah tu tempat adik ipar Ina berniaga buah potong petang-petang.

 Ni pulak adik Ina Mizi, tengah pegang anaknya untuk digunting rambut oleh atuk.
03 generasi seksi =)

 Hasilnya ~ Muhammad Ariq Hafizuddin dah botak..

Fakhruddin tertidur kat luar sementara menunggu atuk & wan balik terawikh.

Anak ikan keli yang diternak di kolam sekeliling depan rumah. Sebelum ni kolam tu ada ikan talapia, masa Ina sakit tu diorang keringkan air dan tuai semua talapia. Kolam tersebut bakal diduduki oleh keli pulak lepas ni. Abah cakap IngsyaAllah aidiladha nanti dah cukup matang untuk digulaikan. =)

Tak banyak gambar dalam kamera Ina, banyak dekat tab suami dan HP Ina. Tapi balik kampung berminggu-minggu memang seronok. Ina cuti hampir 03 minggu dan sempat berpuasa di kampung. Semua adik beradik Ina dapat jumpe walaupun mereka balik tak sama waktu. Family Long, Family De, Family Abg Jaa, Abg Mie & Kak Awin, Jie & Family, Joe & Family, Ida & Family. Ada 03 beradik je Ina tak jumpe. Jai-adik Ina tengah ikut JAKIM berdakwah di perkampungan orang asli di Perak selama Ramadhan ni, dan 02 kakak Ina.

Lepas ni IngsyaAllah Ina akan cuti selama 02 bulan berpantang di kampung. Cuma cuti berpantang dan cuti sehat tentulah jauh beza seronoknya kan. Tapi Fakhruddin dah nak masuk minggu ketiga di kampung dah mula sebut-sebut ayah. Dan rindu sangat kat ayah. Bila Ina marah mulalah menangis panggil ayah-sedih betul dengarnya. Dah 02 bulan nanti macam mana ler agaknye. jenuhlah ayahnya dah berulang kerap Nilai-Maran.

2 ulasan:

  1. panjang nye critee,yel a smangat nak balik rayaa yeee

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan pandangan anda di sini. Semoga kita memperoleh manfaat darinya.