“Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan hasad dengki orang”

Halaman

Cerita Raya & Durian


Masih lagi dalam mood raya, walaupun lagu raya dah jarang Ina dengar. Tahun ni turn beraya kampung suami, Kuala Terengganu. Suasana kampung aman damai dan tenang amat membahagiakan. Semuanya seronok melainkan bab hidangan. Kebanyakkan rumah menyediakan tapai dan ketupat pulut/palas sebagai hidangan di pagi raya. Tiada ketupat nasi, rendang, lemang, ketupat pulut dan sebagainya seperti yang selalu Ina nikmati. MIL Ina pula menyediakan nasi minyak sebagai juadah di pagi raya.


Kemeriahannya berbeza dan agak kurang berbanding kampung Ina di Pahang. Sehari sebelum Aidilfitri pun macam hari-hari puasa biasa. Tiada kesibukan menyediakan lemang, ketupat ataupun mencari daging. Yang meriah cuma dentuman mercun yang tidak henti-henti selepas berbuka, dah rasa macam duk kat Syria mungkin. Tapi itulah pengalaman beraya di kampung suami. Itulah resam dan budayanya. Kali pertama di tahun pertama beraya di Terengganu di tahun pertama kawin 2009, Ina tak beraya sangat sebab waktu tu tengah mabuk mengandungkan Muhammad Fakhruddin. Kali kedua tahun 2011 juga situasi sama sebab Fakhruddin demam agak teruk waktu tu. Dan Ini kali ketiga, 2013 juga waktu mengandung.

Saat pertama kali Ina beraya agak terkejut dengan sambutannya tanpa lemang dan rendang. Dan yang paling Ina tak boleh tahan waktu tu hampir setiap rumah pasti ada sekotak air minuman gas untuk hidangan raya. Sangat ringkas dan mudah kan. Suami Ina kata tak tahulah sape yang cipta budaya air gas tu.




Perkara paling seronok ialah cuti raya kali ni jatuh pada musim durian. Wah..pantang dengar durian belakang rumah gugur cepat jer suh adik ipar pi kutip. Fakhruddin pun sampai cirit birit dek kerana terlalu banyak makan durian. Dan mendapat pengalaman digigit pacat sebab sendiri pergi ke bukit belakang untuk cari durian. Sangat berani itu budak, jenuh melarang main jauh-jauh. Dia tak betah asik nak duduk dalam rumah jer walaupun rumah tokinye besar kemain. Durian tu baru intro jer gugurnya. Tapi itupun dah memadai bagi Ina dan suami yang jarang-jarang dapat balik kampung musim durian ni. Kalau balik naik kapal cuma boleh isi penuh-penuh dalam perut jer, tapi kali ni kami boleh angkut penuh kotak dalam bonet kereta. =)

Raya ke lapan baru Ina balik ke Pahang dan barulah berjumpa dengan lemang dan rendang. Sebelum balik sempat merembat 2-3 jenis pokok bungan dan keladi MIL. Tengok pokok keladinya, besarkan.

Ituler serba sedikit kisah Aidilfitri kami di tahun 2013. Banyak pengalaman yang Muhammad Fakhruddin tempuh sepanjang cuti lama ni kampung dan tentunya amat mengembirakan Fakhruddin juga ibuayahnya.

***p/s Nak belajar wat lemang..nanti ada rezeki boleh buat kat Terenganu pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan pandangan anda di sini. Semoga kita memperoleh manfaat darinya.