“Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan hasad dengki orang”

Halaman

Solat Sunat Dhuha : Cara, Doa & Fadhilatnya

Video Nasyid Doa Solat Sunat Dhuha dari UNIC.

Solat Sunat Dhuha boleh didirikan sebanyak 2 / 4 / 6 / 8 / 10 /12 rakaat dengan 2 rakaat 1 salam. 2 rakaat pun sudah memadai jika amalannya berpanjangan.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi). Sumber.

Berikut adalah cara menunaikan Solat Sunat Dhuha.

1. Niat

Maksudnya : "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

2. Rakaat Pertama - Bacaan Surah Al-Fatihah di ikuti Surah As-Syam (boleh diganti Ayatul Qursi)

Surah As-Syam

3. Rakaat kedua - Bacaan Surah Al-Fatihah diikuti Surah Adh-Dhuha. (Boleh diganti Surah Al-Ikhlas)

Surah Adh-Dhuha

4. Sujud terkahir baca doa ini 3 kali.

Maksudnya : Berilah daku wahai Yang Maha Pemberi ilmu dan hikmah dan kurniakanlah daku wahai Yang Maha Pengurnia, jadi mudahkanlah daku.
5. Selepas salam dan wirid/zikir pendek bacalah doa ini.

Maksudnya : 
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit turunkanlah, dan jika  di dalam bumi keluarkanlah,
dan jika sukar permudahkanlah, dan jika haram sucikanlah, dan jika jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu.
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Diantara Kelebihan/Fadhilat Solat Sunat Dhuha :-

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani)
Sumber.

1 ulasan:

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan pandangan anda di sini. Semoga kita memperoleh manfaat darinya.