“Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan hasad dengki orang”

Halaman

DIY Baiki Siling Pecah

Minggu kelmarin siling bilik tidur pecah dek kerana kucing yang selalu sangat terjun dari atap. Kawasan kejiranan Ina ni ada banyak kucing sebab jiran belakang rumah pelihara kucing yang sangat banyak. Ina tak kisahpun walaupun kadang2 aroma najisnya sampai ke rumah sebab timbunan pasir ada kat belakang rumah jiran tu, juga dekat dengan belakang rumah Ina. Dan Ina pun tak kisah sangat walaupun kucing2nya beranak atas siling dan hari2 dengar anak-anak kucing mengiau dan merayap atas siling. Dan Ina tak kisah pun walaupun salalu terkejut sebab kucing2 tu suka panjat atap dan terjun atas siling. Mula2 pindah dulu ingatke benda2 halus yg terjun tapi bila siasat baru tau kucing yang terjun. Dan Ina tak kisahpun bila kucing2 tu bergaduh atas siling sampai rasa macam nk runtuh siling dan pikirkan kot2 gaduh sampai terkencing terberak. Tapi kali ni Ina sedikit kesah sebab kucing tu terjun sampai pecah siling bilik Ina. Nak kesah lebih2 pun tak guna jugak sebab namanya pun binatang. Yang manusia ni kena pikir cara nak cegah ianya berulang lagi jer.

Besar jugaklah pecahnya dan retaknya. Serpihan yang berderai tu Ina simpan untuk dijadikan bahan bukti pada suami Ina. Fakhruddin pun terkejut sangat asik duk sebut "bu..bu..pecah...".

Sabtu kelamarin baru ler suami Ina sempat membaikinya. Nak ganti yang baru pun almaklumler lepas2 raya ni, gaji pun belum lagi. Untuk sementara ni kena lah baiki mana yang boleh dulu. Dari malam kejadian hingga ke sabtu lalu kami guna kotak jer untuk tutup lubang tu.
Suami Ina panjat dulu ke atas untuk adjust apa yang patut. Nampak tak suis tu, suami Ina pasangkan lampu kat siling, mudah nak buat kerja katanya.



Mula-mula suami Ina skru kan dulu yang retak tu supaya keretakan tu terkawal.
Lepas tu cantumkan semula bahagian yang pecah tu. Nasib baik pecahnya cuma tiga. kalau berderai kecik-kecik confirm kena tunggu gaji baru leh tukar sekeping siling terus. Kerja-kerja mencantumkan puzzle ni perlu lebih teliti dan sabar.
Akhir sekali sapukan adunan wall filler supaya cantuman lebih kukuh dan kesan pecah tu dapat diselindungkan.
Kan dah kurang sikit kesan pecahnya.
Bila kering keadaanya bertambah baik. Cukup elok untuk sementara waktu. Sebelum turun Ina minta suami Ina semburkan air cili di kawasan2 kegemaran kucing2 tu lebih2 lagi port beranak tu. Sebab suami Ina kata ada nampak dua tiga ekor kucing yang dah bunting, kenalah Ina buat pencegahan awal supaya kucing2 tu tak beranak lagi atas siling bilik air belakang rumah Ina.
Air cili ni katanya dapat mengaburi bau kucing, supaya kucing2 tu tak lepak berlama-lama lagi di tempat2 kesukaannya yang dah ada bau kucing.

Selepas selesai projek baiki siling, kami bertiga beranak memenuhi jemputan rumah terbuka, kenduri kawin dan beraya di akhir2 aidilfitri. 05 buah rumah semuanya. Sangatlah penat tapi seronok.

Merdeka kah Kita?

Apakah makna kemerdekaan bagi kita sebenarnya. Satu pagi di minggu merdeka, Ina dengar pelbagai kisah merdeka dari individu yang berkongsi kesah melalui stesen radio swasta. Ada yang merdeka bila berjauhan dengan isteri, ada yang merdeka bila berjaya melunaskan hutang, ada juga yang merdeka bila berjaya menghabiskan pengajian.

Ina tak mampu nak mengulas panjang tenang merdeka kerana pada Ina kita masih belum merdeka. Lihat saja senario politik malaysia sekarang, melihatkan perangai orang-orang politik yang sepatutnya menjadi contoh pun kekadang kita dah meluat. Mereka jelas memperlihatkan perangai-perangai seperti manusia yang tiada tamadun, bahkan ada yang seperti tiada agama walaupun perkataan 'islam' jelas pada kad pengenalan mereka.

Ina nak kongsikan 1 artikel menarik berkenaan merdeka dari blog kembaraseorangmuslim.

Semangat Anak Merdeka Yang Manja!

 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan itu hanyalah tipu daya. Laungan yang telah menjadi adat apabila tibanya Hari Merdeka saban tahun di Malaysia. Lagi menyedihkan lagi, sambutan yang saban tahun juga disambut oleh seluruh rakyat Malaysia hanyalah perarakan, tambah sikit perutusan dari pemimpin. Itu di siang hari. Di malam hari lagi banyak aktiviti di luar jangkaan kita termasuklah pesta memerdekakan teruna dan dara anak muda! Nau'zubillah!

Bagi saya, seorang anak muda, ianya bermakna jikalau Hari Merdeka ini dilihat dalam kacamata seorang anak pejuang kemerdekaan Negara yang menggadaikan nyawa dan darah! Ianya bermakna jikalau semua pihak mengetengahkan sejarah yang sahih perihal susur jalur perjalanan menuju negara yang Merdeka. Saya yakin, ramai rakyat yang seolah-olah telah dileka dan ditutup segala informasi perjuangan sebenar rakyat khusus orang melayu yang merupakan bumiputra tanah ini.

Tak dilupakan juga,
Malaysia juga gagal menghargai tumpah darah golongan parti haluan kiri yang tergolong dari pakatan buruh, angkatan wanita sedar, angkatan pemuda insaf dan lain-lain lagi. Juga lagi gagal malaysia ini menghargai perjuangan dari parti HizbulMuslimin yang dari dahulu komited dalam perjuangan jihad Islam menghalau kafir British dari memijak tanah Melayu ini.

Sebaliknya,
ianya sedih bilamana sejarah itu dengan mudah ditutup serapat-rapatnya. Ianya bagaikan tak penting dalam memerdekakan negara. Negara lebih menghargai perjuangan parti haluan kanan iaitu United Malay Nation Organization atau (UMNO). Ketidakadilan telah wujud disitu. Kita mengharapkan sekurang-kurangnya perlu juga kita menghargai perjuangan golongan yang lain dalam niat mereka untuk matlamat yang sama iaitu memerdekakan tanah ini dari pencacai British!

Kita telah didoktrinkan bahawa, hanya satu golongan sahaja yang telah berbakti dalam peristiwa merdeka tanpa memandang usaha-usaha dari sayap yang lain.

Saya rasa,
kita kenal dengan tokoh seperti Almarhum Tok Janggut, Almarhum Dato' Abdul Rahman Limbong dan lain-lain. Mereka ini komited dalam mengajak melayu Islam menghalau penjajah dari tanah melayu ini. Mereka adalah 'alim ulama' yang telah banyak berbakti dalam sudut dakwah Islam di serata pelusuk negeri di tanah melayu. HizbulMuslimin kini namanya adalah PAS, boleh saya katakan ultra-melayu dimana kelompok inilah yang benar-benar menjaga maruah kedaulatan Melayu dalam meletakkan Islam sebagai pemangkin semangat jihad menentang penjajah tanpa sanggup menggadaikan maruah untuk diperguna demi semata-mata memerdekakan negara.

British sebenarnya sangat membara untuk membenam dari sinar Islam menyinar di bumi tanah melayu. Tak mustahil jikalau British menolak segala apa perbincangan atau rundingan dari kelompok yang membawa perjuangan Islam, tak mustahil lah British menerima kelompok yang membawa perjuangan bangsa. Hakikat, memang British lebih takut apabila Islam gah sebab itu British lebih selesa menerima kelompok yang memperjuangkan bangsa dari Islam.

Sesungguhnya,
perjuangan erti merdeka yang sebenar masih berjalan, masih giat bergerak. Kerana kita masih dijajah dengan sisa-sisa amalan-amalan orang barat dan ianya sangat mengambil masa untuk dipulihkan kerana ia sudah bertapak di tanah melayu ini setelah sekian lamanya.

Moga kita sama-sama berganding bahu memerdekakan Malaysia ini kali 'kedua'! dan semoga penghayatan hari Merdeka mampu menitiskan air mata perjuangan bukan bergembira mengilai tawa tak berkesudahan.

Allahuakbar!

MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
31 Ogos 2012

Artikel asal di sini.