“Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan hasad dengki orang”

Halaman

Sabar-mudah diungkap

Ina terjumpa blog Seharum Kasturi -  wanita cekal yang meneruskan hidup tanpa suami di sisi.

Mengalir air mata Ina membaca dari satu entry ke satu entry. Kelu lidah Ina kerana tak sanggup membayangkan jika Ina di tempat beliau. Sungguh Ina emosi dengan kisahnya.

Ya Allah, angkuh rupanya kita dengan pinjaman Allah. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar hak milik kita. Tidak sanggup kita 'pulangkan' kembali apabila tarikh memulangkannya sudah tiba.

Ya, mereka yang kita sayang bukan milik kita selamanya, mereka diamanahkan kepada kita atas setiap peranan kita dimuka bumi ini, sebagai ibu, isteri, anak, kakak, adik, cucu dan 1001 peranan. Tapi kita sering merasa mereka itu milik kita sepenuhnya tanpa beringat bahwa Allah swt telah menentukan takdir setiap hambanya.

Sebagai isteri dan ibu, kisah seharum kasturi sangat memberi pengajaran kepada Ina supaya lebih menghargai suami, memberi cinta sepenuh hati, menghulur kasih setiap waktu, menyanjung tinggi martabat suami selagi suami ada. Semoga Allah swt mengizinkan Ina bersama suami selama yang mungkin, bersama-sama membesarkan zuriat dan melalui hari tua bersama. Namun itu hanya perancangan Ina, hamba Allah swt yang tiada kuasa melainkan cuma mampu berdoa mengharap rahmat Allah sentiasa bersama.


Dan sebagai hamba Allah yang meyakini rukun iman ke-6, Ina percaya kepada perancangan Allah atas Kak Shamam dan anak-anaknya. Begitu juga Kak Shamam yang semakin hari semakin kuat hatinya mengharungi kehidupan bersama anak-anaknya. Bertuah arwah suami Kak Shamam kerana mempunyai isteri yang solehah dan tabah.

Semoga ketabahan dan keteguhan hati Kak Shamam menjadi Inspirasi kepada Ina dan wanita lain diluar sana.

2 ulasan:

  1. Tabah hati wanita ini kan..
    Kadang tak terbayang rasa hati,tanpa suami di sisi..suami outstation pun,rasa sedih je..

    Apapun..ujian allah pada yang berkemampuan kan...mudahan apa ujian kita pun,kita sentiasa tabah dan redha...

    BalasPadam
  2. Salam Ina...Trima kasih sudi membaca ntry akak tu. Rasanya dah lama tak der komen ttg ntry tu. Bila baca blik kisah tu mmg tak dpt dielakkan rasa sebak. Tujuan akak hanya ingin berkongsi pengalaman saat2 akhir yang dihabiskan bersama dgn insan tersayang. Sebenarnya kisah akak hanyalah salah satu drpd banyk kisah / nasib yang sama yg telah pu dilalui insan2 lain sblm ini...Hanya masa dan kesabaran yg menentukan sama ada kami berjaya atau tidak untk mengharungi ujian yg diberikan oleh Allah.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan pandangan anda di sini. Semoga kita memperoleh manfaat darinya.