“Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan hasad dengki orang”

Halaman

Kisah Arnab Kami

Salam semua. Hari ni Ina nak share kisah arnab kami. 
Sejak Kawin dulu Ina ada minta pada suami nak bela arnab. Asik delay je nak beli, bila pregnant terus tunda ke satu masa 'bila anak dah besar seket' =). Lepas tu tunda ke satu masa 'lepas pindah nanti'. Lepas pindah hari tu abah ada yang belikan sepasang anak arnab di pasar Chenor, Pahang.
Kecil lagi masa ni. Simpan dalam rumah untuk sementara waktu. Kelabu & Coklat. Sangat Comel. Lepas tu suami Ina buatkan rumahnya yang lebih selesa. Buat dua tingkat standby untuk keturunannya nanti.

Seronok pelihara arnab ni sebab jinak. Petang-petang kami lepaskan di halaman rumah. Cuma yang lecehnya bila dilepaskan kencing beraknya berterabur. Mujurler najisnye jenis kering, takde bau dan sebiji2 sifatnya. Kalau tak jenuh jugak mencuci.

Arnab ni takutkan Fakhruddin sebab Fakhruddin ni bukan kira kalau dia nak tangkap. Main pegang je kat mana pun, kena cakar seket2 pun dia tak heran. Kadang2 Fakhruddin lagi terer tangkap arnab dari ibunya. Tapi arnab ni bijak, arnab ni takkan kuar rumah die kalau nampak Fakhruddin keluar, punyalah takut dengan Fakhruddin. Tapi dengan suami Ina sangat jinak.

Bawah sangkar tu tempat takung najis, ada habuk kayu untuk serap air kencing. Dah besarkan, nak angkat pun berat. Yang coklat tu dah bunting. Minggu lepas abah datang, Ina kirimkan arnab-arnab ni ke kampung. Biar die beranak kat kampung. lagipun kat kampung ada 4 ekor, biar diorang berkawan-kawan dan lepas bebas. 

Ina selalu sedih bila tengok arnab ni sebenarnya. Terkurung jer dan tak dapat hidup pada habitat yang sepatutnya sebab rumah Ina takde tanah, semuanya simen.. Kat rumah abah arnab2 dilepas kan bebas. Bebas bermain di celah-celah bunga, melepak bawah pokok, berlari2 di laman. Ina tak sampai hati nak dera perasaan arnab-arnab ni lagi semata-mata nak happy diri sendiri. Sedangkan kita pun boleh memberontak kalau terkurung kan.. Biarlah dia lalui hari-harinya dengan bahagia di kampung.

Fakhruddin yang kesedihan, mengucapkan selamat jalan pada arnab-arnabnya. Sengaja ina biar dia tahu atuk bawak arnab supaya dia tak tertanya-tanya. Jangan sedih dik, nanti kita balik kampung, boleh jumpe lagi dengan arnab-arnab tu.

1 ulasan:

  1. hihi kesian fakhrudin sedih bonar nak pisah ngan arnab dia,si kecik kat umah pun nmintk nak bela rabbit,tp takut pulak nanti bela rabbit mati kering haha...kami kerap balik kampong,gemas-sp kalo blik kampog sapa lak nak jaga ...huhu...takkan nak g tinggal kat ina kot hehe,,last2 beli rabbit palsu je la haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan pandangan anda di sini. Semoga kita memperoleh manfaat darinya.