“Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan hasad dengki orang”

Halaman

Ramadham Yang Dirindui.


Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana masih mengizinkan kita menghirup udara ramadhan. Semoga ramadhan ini lna dapat buat yang terbaik seperti yang diazamkan.

Sebelum tu mari kita ingatkan kembali niat puasa.

Dan jawapan Ustaz Azhar Idrus berkenaan niat puasa.
(Niat dari selepas maghrib sehingga subuh)
Warming-up Ramadhan
Dan Proposal Ramadhan dari Majalah Solusi. Boleh Klik untuk besarkan.
Semoga kita semua dapat beramal dan merebut segala kebaikan di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Amin..

Menarik Untuk dikongsi

Gambar-gambar berunsur nasihat berikut Ina temukan di Facebook.
Menarikkan cara nasihat yang disampaikan.








Walaupun sedikit berunsur jenaka, tapi betul-betul sinis dan tepat nasihatnya.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Kisah Arnab Kami

Salam semua. Hari ni Ina nak share kisah arnab kami. 
Sejak Kawin dulu Ina ada minta pada suami nak bela arnab. Asik delay je nak beli, bila pregnant terus tunda ke satu masa 'bila anak dah besar seket' =). Lepas tu tunda ke satu masa 'lepas pindah nanti'. Lepas pindah hari tu abah ada yang belikan sepasang anak arnab di pasar Chenor, Pahang.
Kecil lagi masa ni. Simpan dalam rumah untuk sementara waktu. Kelabu & Coklat. Sangat Comel. Lepas tu suami Ina buatkan rumahnya yang lebih selesa. Buat dua tingkat standby untuk keturunannya nanti.

Seronok pelihara arnab ni sebab jinak. Petang-petang kami lepaskan di halaman rumah. Cuma yang lecehnya bila dilepaskan kencing beraknya berterabur. Mujurler najisnye jenis kering, takde bau dan sebiji2 sifatnya. Kalau tak jenuh jugak mencuci.

Arnab ni takutkan Fakhruddin sebab Fakhruddin ni bukan kira kalau dia nak tangkap. Main pegang je kat mana pun, kena cakar seket2 pun dia tak heran. Kadang2 Fakhruddin lagi terer tangkap arnab dari ibunya. Tapi arnab ni bijak, arnab ni takkan kuar rumah die kalau nampak Fakhruddin keluar, punyalah takut dengan Fakhruddin. Tapi dengan suami Ina sangat jinak.

Bawah sangkar tu tempat takung najis, ada habuk kayu untuk serap air kencing. Dah besarkan, nak angkat pun berat. Yang coklat tu dah bunting. Minggu lepas abah datang, Ina kirimkan arnab-arnab ni ke kampung. Biar die beranak kat kampung. lagipun kat kampung ada 4 ekor, biar diorang berkawan-kawan dan lepas bebas. 

Ina selalu sedih bila tengok arnab ni sebenarnya. Terkurung jer dan tak dapat hidup pada habitat yang sepatutnya sebab rumah Ina takde tanah, semuanya simen.. Kat rumah abah arnab2 dilepas kan bebas. Bebas bermain di celah-celah bunga, melepak bawah pokok, berlari2 di laman. Ina tak sampai hati nak dera perasaan arnab-arnab ni lagi semata-mata nak happy diri sendiri. Sedangkan kita pun boleh memberontak kalau terkurung kan.. Biarlah dia lalui hari-harinya dengan bahagia di kampung.

Fakhruddin yang kesedihan, mengucapkan selamat jalan pada arnab-arnabnya. Sengaja ina biar dia tahu atuk bawak arnab supaya dia tak tertanya-tanya. Jangan sedih dik, nanti kita balik kampung, boleh jumpe lagi dengan arnab-arnab tu.

MAHA NS 2012

Hujung minggu lalu suami Ina menunaikan janjinya utk bawa Ina dan anak jalan-jalan ke Karnival MAHA NS 2012. Sebenarnya suami Ina dah riki-riki dengan sahabatnya Awe dan dia dah aim pokok yang nak dibeli.

Alhamdulillah kereta berjaya dipark beerdekatan pintu masuk. Orang ramai tapi tidaklah terlalu sesak-Ina jangkakan sesak sebab keesokannya hari penamat. Waktu Ina sampai acara pertandingan nyanyi2 baru selesai.

Di dewan utama.

 Ada rusa
 lembu besar
 Fakhruddin yang baru bangun tidor
 Nama kambing - Janda
Ada ..mmm tak tau nama..=)
 Ini kat bahagian tanaman.


Agak besar juga kawasan karnival sebab telah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian tanaman, bahagian ternakan, bahagian gerai-gerai baju/beg, bahagian tanaman herba, bahagian booth2 (dalam aircond), gerai buah-buahan, gerai-gerai makanan, gerai-gerai permainan dan dewan utama.

Waktu Ina sampai, sama sampai dengan kereta-kereta yang buat show-memang cantik-cantik. Terasa nak upgrade kereta comel kami itu-tapi kenalah ada modalnya dulu.

Ina juga baru diperkenalkan dengan kedai koperasi felda. Sempatlah Ina beli 1 tin sardin kecil -RM1.70 dan malt coklat 400g RM5.50. Kedua2nya sedap. Asalnya Ina taknak beli sebab pada bungkusan produk koperasi felda ada lambang 1(satu malaysia), bukan apa tapi sebab terdapat banyak komplen pasal produk 1 malaysia, tu yang Ina risau nak beli. Dalam pada nak berjimat kang jadi rugi pulak. Setelah diterangkan yang itu produk felda baru Ina beli, Alhamdulillah produk felda ni sedap dan murah. Cuma pampersnya agak mahal jika nak dibandingkan dengan pampers yang Ina selalu beli.

Dan sebelum bergerak balik kami sempat membeli 2 jenis pokok iaitu pokok cili yang dah berbuah dan pokok limau kasturi yang juga dah berbuah. Alang-alang dah membeli pokok, suami Ina beli sekali pasu yang agak besar dan tanah baja.  Balik rumah dengan semangatnya suami Ina terus memindahkan pokok-pokok tersebut dari polybag ke pasu.

 cili dah boleh dituai.
Tanah yang masih berbaki.
Sesiapa yang nak beli boleh pergi terus ke alamat atau call dulu nombor dalam gambar tu. Ina sebenarnya memang berhajat nak menanam tanaman yang selalu diguna macam pokok kunyit, serai, pandan, kari, limau purut dan beberapa jenis sayur yang mudah ditanam. Bukan apa, kadang-kadang bila membeli selalu membazir sebab rosak sebelum sempat habis digunakan. Kalau tak beli nanti kot-kot tetiba nak guna takde pulak. Kalau menanam, bila-bila masa nak sehelai dua terus boleh kerat. Di rumah sewa Ina dulu ada jugak abah tolong tanamkan kunyit, tapi masa pindah Ina bagi pada jiran Ina.

Bila dah pindah ke rumah sendiri ni, bolehlah berdikit-dikit membeli dan menanam apa yang perlu. Gambar karnival tak banyak yang boleh dikongsi sebab gambar-gambar lain suami Ina yang snap guna hpnya. Harapnya sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk sesiapa yang tak sempat datang ke MAHA NS 2012. Hati teringin nak ke MAHA peringkat nasional kalau ada lagi nanti.

Sabar-mudah diungkap

Ina terjumpa blog Seharum Kasturi -  wanita cekal yang meneruskan hidup tanpa suami di sisi.

Mengalir air mata Ina membaca dari satu entry ke satu entry. Kelu lidah Ina kerana tak sanggup membayangkan jika Ina di tempat beliau. Sungguh Ina emosi dengan kisahnya.

Ya Allah, angkuh rupanya kita dengan pinjaman Allah. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar hak milik kita. Tidak sanggup kita 'pulangkan' kembali apabila tarikh memulangkannya sudah tiba.

Ya, mereka yang kita sayang bukan milik kita selamanya, mereka diamanahkan kepada kita atas setiap peranan kita dimuka bumi ini, sebagai ibu, isteri, anak, kakak, adik, cucu dan 1001 peranan. Tapi kita sering merasa mereka itu milik kita sepenuhnya tanpa beringat bahwa Allah swt telah menentukan takdir setiap hambanya.

Sebagai isteri dan ibu, kisah seharum kasturi sangat memberi pengajaran kepada Ina supaya lebih menghargai suami, memberi cinta sepenuh hati, menghulur kasih setiap waktu, menyanjung tinggi martabat suami selagi suami ada. Semoga Allah swt mengizinkan Ina bersama suami selama yang mungkin, bersama-sama membesarkan zuriat dan melalui hari tua bersama. Namun itu hanya perancangan Ina, hamba Allah swt yang tiada kuasa melainkan cuma mampu berdoa mengharap rahmat Allah sentiasa bersama.


Dan sebagai hamba Allah yang meyakini rukun iman ke-6, Ina percaya kepada perancangan Allah atas Kak Shamam dan anak-anaknya. Begitu juga Kak Shamam yang semakin hari semakin kuat hatinya mengharungi kehidupan bersama anak-anaknya. Bertuah arwah suami Kak Shamam kerana mempunyai isteri yang solehah dan tabah.

Semoga ketabahan dan keteguhan hati Kak Shamam menjadi Inspirasi kepada Ina dan wanita lain diluar sana.