“Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan hasad dengki orang”

Halaman

Mengundi, tak sabar menunggu tarikhnya.

Anda semua sudah mendaftar? Ina sudah mendaftar. Sebenarnya Ina terlewat mendaftar atas sebab kurangnya kesedaran tentang nilai satu undi. Diharapkan pada tarikh PRU13 nanti, status pendaftaran Ina akan melayakkan Ina mengundi.
(source-google)

Entri kali ini Ina cuma nak kongsikan dengan anda harapan ina sebagai seorang rakyat biasa terhadap keputusan PRU13 nanti. Setelah melihat kejatuhan satu-persatu negara Islam, ditawan dengan pelbagai cara dari setiap sudut menyebabkan Ina bimbang akan masa depan negara. Sekarang pun Ina cuma mampu mengiyakan tahap kesejahteraan rakyat Malaysia jika dilihat dari lapisan atas, tetapi jika dibuka lapisan-lapisan berikutnya, hakikatnya Malaysia bukanlah satu negara yang boleh dibanggakan, maksud Ina di sini dari segi etika kepimpinannnya.

Allah swt telah memberikan Ina rahmat yang tidak terhingga dengan melahirkan Ina di bumi Malaysia dan dari kaum Melayu yang beragama Islam serta mengamalkan ajaran Islam. Ina bersyukur kerana Allah tidak melahirkan Ina dari keluarga bukan Islam, kerana syarat utama masuk syurga adalah Islam. Tiket kesyurga telah kita perolehi sejak hari kelahiran, cuma bagaimana Ibubapa memegang amanah menjaga tiket tersebut sebelum diserahkan kepada kita seterusnya kita pula yang menjaga tiket tersebut dengan baik supaya dapat diserahkan tiket tersebut kepada penjaga pintu syurga dalam keadaan baik tanpa terkoyak, busuk dan kotor.

Apa kaitannya Islam dengan pilihanraya? Banyak! Kita sedia maklum bahawa penjajah tidak meninggalkan Malaysia tanpa memastikan bahawa Malaysia tetap menjadi milik mereka. Mereka telah menanam pelbagai sistem dalam kerajaan kita yang mana ianya bertentangan dengan cara hidup Islam, salah satunya pilihanraya. Tetapi sebagai rakyat apalah daya kita melainkan mengikut saluran yang ada untuk memilih pemimpin yang benar-benar boleh menyelamatkan malaysia.

Ina akan memilih pemimpin yang mampu laksanakan impian Ina seperti berikut.
  • Islam ditegakkan dengan sekukuh-kukuhnya merangkumi pentadbiran, perundangan, pertahanan, kehidupan dan sebagainya-Islam haruslah nombor wahid.
  • Bahasa Melayu mestilah dimartabatkan dan dijadikan bahasa rasmi di semua syarikat/pertubuhan baik kerajaan mahupun swasta, baik perbualan, surat rasmi, polisi2 semuanya haruslah menggunakan bahasa melayu. Jika perlu dialih bahasa, alihkan sahaja asalkan dokumen utamanya dalam bahasa melayu.
  • Kembalikan kegemilangan tulisan jawi kerana tulisan jawi sebenarnya sebahagian dari roh melayu, tanpa mengenali tulisan jawi, agak memalukan jika mengaku melayu jati. Tukarkan semua papan tanda dengan tulisan jawi dan rumi. Bukan tulisan china atau India yang digandingankan dengan tulisan rumi.
 (source-google)
  • Hapuskan riba dalam sistem kewangan dan perbankan Islam. Kerana ribalah yang akan menyebabkan tiket syurga Ina ditahan.

Firman Allah S.W.T : “Orang-orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka Berkata, “Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,” padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari mengambil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu sebelum datang larangan; dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali mengambil riba, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka. mereka kekal di dalamnya”. [Surah Al-Baqarah 275].

Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya ." [Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah]

  • Hapuskan perjudian, pelacuran dan arak dibumi Malaysia dan apa-apa sahaja yang menghampiri keaarahnya kerana Ina malu menyatakan yang agama rasmi negara Ina adalah Islam tetapi negara Ina diantara ataupun pembekal terbesar arak, pusat judi dan pelacuran yang mana hasil cukai atasnya tidak diketahui kemana arahnya.
  • Bantuan sepenuhnya kepada masjid, rumah anak yatim, rumah orang-orang tua, dan seribu satu jenis premis kebajikan.
  • Selamatkan ekonomi negara dengan penggunaan dinar emas dan dirham perak kerana pemimpin tahu yang nilai matawang kita semakin hari semakin menyusut dan sangat membahayakan periuk nasi rakyat yang sediakala dibebani hutang.
(source-google)


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
  • Pertingkatkan sistem pendidikan yang ada. Jika tidak mampu diberikan secara percuma,  janganlah sistem pendidikan dijadikan bahan perniagaan dan ujikaji dikalangan pemimpin.
 (Source-google)
  • Mewajibkan solat sunat subuh BERJEMAAH di masjid dikalangan lelaki kerana hasilnya akan mengeratkan, menyatupadukan, menguatkan pertahanan dan roh Islam dalam jiwa pemimpin2 ini seterusnya dapat diterapkan dalam nilai Islam dalam setiap keluarga.
(source-google)

Dan ada beberapa persoalan yang sering bermain difikiran Ina yang turut mempengaruhi Ina.
  • Ina rasa sepatutnya dengan kemajuan yang ada, tiada satu pun rakyat miskin yang jatuh pada hukum fakir melarat-melarat.
  • Ina rasa anak-anak peneroka sepatutnya boleh dapatkan pendidikan percuma dengan kekayaan hasil bumi yang telah diusahakan dengan jerit perih generasi pertama felda.
  • Ina rasa tak sepatutnya ada lagi pembangunan di KL yang tidak memberi kebaikan secara langsung kepada penduduknya kerana kesesakan jalan/budaya/hiburan/ yang sedia ada sudah mengurangkan daya tahan emosi dikalangan penduduknya.
  • Ina terfikir kenapa projek Lynas yang banyak negara tidak mahukannya, tetapi diterima dan diluluskan dinegara kita yang mana kita dan semua pakar tahu akan risikonya.
(source-google)
  • Himpunan sejuta belia baru-baru ini membuktikan seribu satu sebab kenapa kerajaan sedia ada memang tidak akan sekali-kali menyedarkan remaja tentang Islam malah ditarik lebih jauh dengan hidangan artis-artis K-Pop yang jelas rendah akhlak dan moralnya. Lebih menyedihkan lagi harga untuk itu berjuta-juta-pengaliran wang tunai ke luar negara.
  • Budaya Membina-Meruntuhkan-Membaiki projek/sistem/sahsiah/bangunan yang merugikan dan menanggung kerugian berlipat kali ganda.
Ina secara jujurnya takut dengan keputusan PRU13 kerana ianya adalah penentu masa depan zuriat Ina, walaupun Ina tidak menaruh harapan tinggi tentang keindahan dan kemakmuran Malaysia untuk 10 – 15 tahun akan datang.

Sebab tu Ina cuba terapkan sebaik mungkin roh Islam dalam jiwa zuriat Ina kerana Melayu atau Malaysia mungkin bukan perkara yang harus diperjuangkan satu hari nanti melainkan Islam. Sejak dari dalam perut Ina bisikkan supaya Muhammad Fakhruddin akan menjadi seorang yang bijak dari semua segi. Jika dia menyandang amanah haruslah adil walaupun amanah sebagai abang kepada adik-adiknya. Muhammad Fakhruddin haruslah mewahidkan Islam dalam apa jua keputusan dalam hidup dan jika zaman peperangan itu dizamannya, (janji akhir zaman) Muhammad Fakhruddin haruslah berada dibarisan pertama bersama pejuang-pejuang Islam yang lain yang mana penghujungnya cuma dua iaitu kemenangan ataupun Syahid.
 (source-google)

Ini bukan bermakna Ina ketepikan ilmu dunia, tidak sekali-kali. Muhammad Fakhruddin harus menguasai semua ilmu dengan keutamaan ilmu Islam yang kukuh  didadanya. Begitu besar dan tinggi harapan Ina sebagai Ibu untuk masa depan zuriat Ina, seiring dengan perjuangan Ina dizaman Ina yang hanya boleh dijuangkan dengan undi.

Walau apapun parti yang Ina pilih, ianya haruslah berobjektifkan menegakkan dan mengukuhkan Islam di Tanah Melayu ini. Jika bukan nasihat alim ulama yang Ina nak ikut, nasihat siapa lagi, ye tak?. Jika Rasulullah swt masih ada, mampukah Ina mengatakan Ina umatnya jika Ina tidak menyambut seruannya menegakkan syariat Islam dengan mengikut pihak yang berusaha memesongkan akidah rakyat dengan hidangan hiburan dunia yang tiada hadnya?

Dan kepada pembaca yang sudah layak mengundi, jalankanlah amanah anda dengan sebaik-baiknya. Bukan media massa yang boleh mempengaruhi kita, tetapi hati dan akal yang bersih boleh menentukan.

Kepada anda yang masih was-was dengan pilihan anda, atau takut nak ambil kisah tentang keadaan politik negara, marilah sama-sama kita berpuasa, solat sunat taubat, seterusnya solat sunat istikharah mohon Allah swt bimbing hati kita dengan sebaiknya untuk kita buat pilihan, masih ada masa untuk memohon pertolongan Allah swt.

Tanggungjawab kita amat besar demi generasi kita. Semoga pemimpin yang kita pilih sama-sama membantu kita menjaga tiket kesyurga dengan menyediakan, menerapkan dan menekankan cara hidup Islam di Malaysia.

Wallahuaklam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan pandangan anda di sini. Semoga kita memperoleh manfaat darinya.