“Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan hasad dengki orang”

Halaman

Bekerja atau surirumahtangga sepenuh masa, apakah pilihan anda?

Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak boleh lari dari membuat pilihan. Dari pilihan yang kecil seperti memilih menu sarapan sehinggalah kepada pilihan yang akan merubah struktur hidup seperti persoalan perkahwinan, kerjaya dan sebagainya.

Buat masa sekarang, dalam kehidupan Ina tidak menuntut Ina membuat apa-apa pilihan yang besar. Terutamanya pilihan seperti topik di atas iaitu samada Ina harus bekerja atau berada dirumah sepenuh masa. Ini kerana keadaan kewangan keluarga masih belum mengizinkan Ina membuat pilihan tersebut namun Ina dan suami sering berbincang bagaimanakah caranya untuk kami menuju kearah itu.

(source-google)
 Mungkin ada diantara pembaca yang turut mengalami situasi seperti Ina yang mana hati mahu memberi sepenuh perhatian pada keluarga tapi tuntutan belanjawan keluarga masih di tahap memerlukan pendapatan Ina untuk mempertingkat kualiti hidup. Namun Ina redha tambahan pula pinjaman pelajaran Ina yang masih belum habis dijelaskan.

Dalam hati yang sering tertanya-tanya bilakah impian Ina akan tercapai, Ina telah membuat beberapa kajian terhadap WAHM, SAHM, SOHO dan pelbagai lagi yang seiring dengannya. Pengalaman individu lain yang dapat memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga disamping ada pendapatan sampingan amatlah menginspirasikan Ina. Malah ianya sedikit sebanyak memberikan ina tips bagaimana nak mencapai impian Ina tersebut.

 (source-google)

Kenapa Ina sangat mengimpikan kerjaya sebagai seorang suri rumah tangga?
  
  • Masa yang tidak terhad kepada suami dan anak-anak. Sentiasa ada ketika mereka memerlukan Ina & menyediakan segala keperluan untuk mereka berdua dengan tenaga sendiri dengan kasih sayang.
 (source-google)
  •  Menyediakan makanan untuk keluarga dengan air tangan sendiri untuk setiap waktu yang diperlukan. Untuk bab ini, Ina perlu menambahkan lagi kemahiran didapur.  
(source-google)
 
  • Mendidik/mengajar sendiri anak secara langsung dirumah. Sekarang Ina hantar anak ke pengasuh dan Ina tau aktivitinya cuma bermain, berjalan-jalan ikut pengasuh dan menonton tv. Ina hanya berpeluang mengajar anak pada waktu malam dan cuti sahaja, itupun kalau badan tak penat.
  •  Tidak perlu memohon cuti untuk apa-apa kes kecemasan dan tentunya dapat mengikuti jadual kerja suami Ina tanpa perlu mengambil kira faktor cuti Ina.
  • Menghantar dan menjemput anak dari sekolah kelak. Ataupun menyambut kepulangan anak dan suami di rumah dengan makanan yang telah sedia terhidang.
  • Boleh memberi tumpuan yang lebih pada aktiviti kraftangan Ina dan mungkin boleh dilakukan dengan lebih serius dan memperkembangkan lagi pasaran dan produknya.
  • Merancang jadual kerja rumah, menu dan aktiviti keluarga dengan lebih teratur.
Banyak-kan? Itulah sebabnya Ina nak menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Tapi tidaklah bermakna Ina tidak menyukai kerja Ina sekarang, cuma hati Ina mungkin akan lebih bahagia jika lebih banyak masa bersama keluarga.

Anda pula bagaimana? Adakah anda juga mempunyai impian yang sama dengan Ina dan kenapa anda ingin menjadi surirumah tangga sepenuh masa?

Kongsikan cadangan atau pandangan anda diblog/web anda berkenaan topik ini dan pautkan ke entri Ini. Kongsikan juga link anda diruangan komen ini supaya Ina boleh kongsikan di entri akan datang dan supaya pembaca lain boleh ke blog anda.

2 ulasan:

  1. akak jua seperti kao dik,..dilema mcm2,cukup sedih bila mlm nak g kerja anak akan ckp"ibu,ibu tkpayah la g keja,ibu tidola ngan lesya...oh sedih gilakkk,..nak cmana ibu kena keja,kalo tk keja ibu tkdak duwetttt...." tambah pening bila pikir 2 tahun lagi dia masuk skolah,sapa nak tgkkan buku,tusyen semua tu,...ow memang rasa sgt bersalah,tapi tu la kadang2 tuntutan idup tu membuatkan kita perlu kuat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul lah kak, Ina ni sbb Muhammad Fakhruddin tu tak pandai cakap lg..kalo dh pandai agaknya dia minta mcm leesya jugak. Tapi ina betul2 tak sanggup pk anak tidur tanpa kita kan...

      takper kak..moga ada rezeki kita ke arah itu asalkan niat kita baik. Semoga Allah mempermudahkan niat kita dan menunjukkan jalan

      Padam

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan pandangan anda di sini. Semoga kita memperoleh manfaat darinya.