“Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari bebanan hutang dan hasad dengki orang”

Halaman

[Video & Lirik] IBU - Haddad Alwi ft Farhan

Haddad Alwi feat Farhan.
Bersinar kau bagai cahaya,
Yang selalu beri ku penerangan,
Selembut sutera kasihmu kan,
Slalu kurasa dalam suka dan duka,
Kaulah Ibuku...Cinta kasihku..
Terima kasihku takkan pernah terhenti,
Kau bagai matahari yang selalu bersinar,
Sinari hidupku dengan kehangatanmu,
Bagaikan embun kau sejukkan,
Hati ini dengan kasih sayangmu,
Betapa kau sangat bererti, 
Dan bagiku kau takkan pernah terganti,
Kaulah Ibuku...Cinta kasihku..
Terima kasihku takkan pernah terhenti,
Kau bagai matahari yang selalu bersinar,
Sinari hidupku dengan kehangatanmu,
 Kaulah Ibuku...Cinta kasihku..
Pengorbananmu sungguh sangat bererti,
Kaulah Ibuku...Cinta kasihku..
Terima kasihku takkan pernah terhenti,
Kau bagai matahari yang selalu bersinar,
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah Ibuku...Cinta kasihku..
Terima kasihku takkan pernah terhenti,
Kau bagai matahari yang selalu bersinar,
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu,

Kebaikan Amalan Selawat Tafrijiyah

MoSelawat Tafrijiyah

Maksudnya:
Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw, yang dengan berkatnya  terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna. Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu
  • Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari setiap selepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. 
  • Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 kali atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
  • Barangsiapa membaca selawat ini 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib. 
  • Barangsiapa membaca selawat ini 4,444 kali, akan tercapai segala cita-cita dan hajat di dunia dan akhirat.
 Antara kebaikan pengamal selawat ini :-
  • Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya. 
  • Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya, dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya. 
  • Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan. 
  • Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai 
  • Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka. 
  • Dia sentiasa dicintai oleh semua orang. 
  • Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah. 

Mengundi, tak sabar menunggu tarikhnya.

Anda semua sudah mendaftar? Ina sudah mendaftar. Sebenarnya Ina terlewat mendaftar atas sebab kurangnya kesedaran tentang nilai satu undi. Diharapkan pada tarikh PRU13 nanti, status pendaftaran Ina akan melayakkan Ina mengundi.
(source-google)

Entri kali ini Ina cuma nak kongsikan dengan anda harapan ina sebagai seorang rakyat biasa terhadap keputusan PRU13 nanti. Setelah melihat kejatuhan satu-persatu negara Islam, ditawan dengan pelbagai cara dari setiap sudut menyebabkan Ina bimbang akan masa depan negara. Sekarang pun Ina cuma mampu mengiyakan tahap kesejahteraan rakyat Malaysia jika dilihat dari lapisan atas, tetapi jika dibuka lapisan-lapisan berikutnya, hakikatnya Malaysia bukanlah satu negara yang boleh dibanggakan, maksud Ina di sini dari segi etika kepimpinannnya.

Allah swt telah memberikan Ina rahmat yang tidak terhingga dengan melahirkan Ina di bumi Malaysia dan dari kaum Melayu yang beragama Islam serta mengamalkan ajaran Islam. Ina bersyukur kerana Allah tidak melahirkan Ina dari keluarga bukan Islam, kerana syarat utama masuk syurga adalah Islam. Tiket kesyurga telah kita perolehi sejak hari kelahiran, cuma bagaimana Ibubapa memegang amanah menjaga tiket tersebut sebelum diserahkan kepada kita seterusnya kita pula yang menjaga tiket tersebut dengan baik supaya dapat diserahkan tiket tersebut kepada penjaga pintu syurga dalam keadaan baik tanpa terkoyak, busuk dan kotor.

Apa kaitannya Islam dengan pilihanraya? Banyak! Kita sedia maklum bahawa penjajah tidak meninggalkan Malaysia tanpa memastikan bahawa Malaysia tetap menjadi milik mereka. Mereka telah menanam pelbagai sistem dalam kerajaan kita yang mana ianya bertentangan dengan cara hidup Islam, salah satunya pilihanraya. Tetapi sebagai rakyat apalah daya kita melainkan mengikut saluran yang ada untuk memilih pemimpin yang benar-benar boleh menyelamatkan malaysia.

Ina akan memilih pemimpin yang mampu laksanakan impian Ina seperti berikut.
  • Islam ditegakkan dengan sekukuh-kukuhnya merangkumi pentadbiran, perundangan, pertahanan, kehidupan dan sebagainya-Islam haruslah nombor wahid.
  • Bahasa Melayu mestilah dimartabatkan dan dijadikan bahasa rasmi di semua syarikat/pertubuhan baik kerajaan mahupun swasta, baik perbualan, surat rasmi, polisi2 semuanya haruslah menggunakan bahasa melayu. Jika perlu dialih bahasa, alihkan sahaja asalkan dokumen utamanya dalam bahasa melayu.
  • Kembalikan kegemilangan tulisan jawi kerana tulisan jawi sebenarnya sebahagian dari roh melayu, tanpa mengenali tulisan jawi, agak memalukan jika mengaku melayu jati. Tukarkan semua papan tanda dengan tulisan jawi dan rumi. Bukan tulisan china atau India yang digandingankan dengan tulisan rumi.
 (source-google)
  • Hapuskan riba dalam sistem kewangan dan perbankan Islam. Kerana ribalah yang akan menyebabkan tiket syurga Ina ditahan.

Firman Allah S.W.T : “Orang-orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka Berkata, “Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,” padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari mengambil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu sebelum datang larangan; dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali mengambil riba, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka. mereka kekal di dalamnya”. [Surah Al-Baqarah 275].

Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya ." [Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah]

  • Hapuskan perjudian, pelacuran dan arak dibumi Malaysia dan apa-apa sahaja yang menghampiri keaarahnya kerana Ina malu menyatakan yang agama rasmi negara Ina adalah Islam tetapi negara Ina diantara ataupun pembekal terbesar arak, pusat judi dan pelacuran yang mana hasil cukai atasnya tidak diketahui kemana arahnya.
  • Bantuan sepenuhnya kepada masjid, rumah anak yatim, rumah orang-orang tua, dan seribu satu jenis premis kebajikan.
  • Selamatkan ekonomi negara dengan penggunaan dinar emas dan dirham perak kerana pemimpin tahu yang nilai matawang kita semakin hari semakin menyusut dan sangat membahayakan periuk nasi rakyat yang sediakala dibebani hutang.
(source-google)


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
  • Pertingkatkan sistem pendidikan yang ada. Jika tidak mampu diberikan secara percuma,  janganlah sistem pendidikan dijadikan bahan perniagaan dan ujikaji dikalangan pemimpin.
 (Source-google)
  • Mewajibkan solat sunat subuh BERJEMAAH di masjid dikalangan lelaki kerana hasilnya akan mengeratkan, menyatupadukan, menguatkan pertahanan dan roh Islam dalam jiwa pemimpin2 ini seterusnya dapat diterapkan dalam nilai Islam dalam setiap keluarga.
(source-google)

Dan ada beberapa persoalan yang sering bermain difikiran Ina yang turut mempengaruhi Ina.
  • Ina rasa sepatutnya dengan kemajuan yang ada, tiada satu pun rakyat miskin yang jatuh pada hukum fakir melarat-melarat.
  • Ina rasa anak-anak peneroka sepatutnya boleh dapatkan pendidikan percuma dengan kekayaan hasil bumi yang telah diusahakan dengan jerit perih generasi pertama felda.
  • Ina rasa tak sepatutnya ada lagi pembangunan di KL yang tidak memberi kebaikan secara langsung kepada penduduknya kerana kesesakan jalan/budaya/hiburan/ yang sedia ada sudah mengurangkan daya tahan emosi dikalangan penduduknya.
  • Ina terfikir kenapa projek Lynas yang banyak negara tidak mahukannya, tetapi diterima dan diluluskan dinegara kita yang mana kita dan semua pakar tahu akan risikonya.
(source-google)
  • Himpunan sejuta belia baru-baru ini membuktikan seribu satu sebab kenapa kerajaan sedia ada memang tidak akan sekali-kali menyedarkan remaja tentang Islam malah ditarik lebih jauh dengan hidangan artis-artis K-Pop yang jelas rendah akhlak dan moralnya. Lebih menyedihkan lagi harga untuk itu berjuta-juta-pengaliran wang tunai ke luar negara.
  • Budaya Membina-Meruntuhkan-Membaiki projek/sistem/sahsiah/bangunan yang merugikan dan menanggung kerugian berlipat kali ganda.
Ina secara jujurnya takut dengan keputusan PRU13 kerana ianya adalah penentu masa depan zuriat Ina, walaupun Ina tidak menaruh harapan tinggi tentang keindahan dan kemakmuran Malaysia untuk 10 – 15 tahun akan datang.

Sebab tu Ina cuba terapkan sebaik mungkin roh Islam dalam jiwa zuriat Ina kerana Melayu atau Malaysia mungkin bukan perkara yang harus diperjuangkan satu hari nanti melainkan Islam. Sejak dari dalam perut Ina bisikkan supaya Muhammad Fakhruddin akan menjadi seorang yang bijak dari semua segi. Jika dia menyandang amanah haruslah adil walaupun amanah sebagai abang kepada adik-adiknya. Muhammad Fakhruddin haruslah mewahidkan Islam dalam apa jua keputusan dalam hidup dan jika zaman peperangan itu dizamannya, (janji akhir zaman) Muhammad Fakhruddin haruslah berada dibarisan pertama bersama pejuang-pejuang Islam yang lain yang mana penghujungnya cuma dua iaitu kemenangan ataupun Syahid.
 (source-google)

Ini bukan bermakna Ina ketepikan ilmu dunia, tidak sekali-kali. Muhammad Fakhruddin harus menguasai semua ilmu dengan keutamaan ilmu Islam yang kukuh  didadanya. Begitu besar dan tinggi harapan Ina sebagai Ibu untuk masa depan zuriat Ina, seiring dengan perjuangan Ina dizaman Ina yang hanya boleh dijuangkan dengan undi.

Walau apapun parti yang Ina pilih, ianya haruslah berobjektifkan menegakkan dan mengukuhkan Islam di Tanah Melayu ini. Jika bukan nasihat alim ulama yang Ina nak ikut, nasihat siapa lagi, ye tak?. Jika Rasulullah swt masih ada, mampukah Ina mengatakan Ina umatnya jika Ina tidak menyambut seruannya menegakkan syariat Islam dengan mengikut pihak yang berusaha memesongkan akidah rakyat dengan hidangan hiburan dunia yang tiada hadnya?

Dan kepada pembaca yang sudah layak mengundi, jalankanlah amanah anda dengan sebaik-baiknya. Bukan media massa yang boleh mempengaruhi kita, tetapi hati dan akal yang bersih boleh menentukan.

Kepada anda yang masih was-was dengan pilihan anda, atau takut nak ambil kisah tentang keadaan politik negara, marilah sama-sama kita berpuasa, solat sunat taubat, seterusnya solat sunat istikharah mohon Allah swt bimbing hati kita dengan sebaiknya untuk kita buat pilihan, masih ada masa untuk memohon pertolongan Allah swt.

Tanggungjawab kita amat besar demi generasi kita. Semoga pemimpin yang kita pilih sama-sama membantu kita menjaga tiket kesyurga dengan menyediakan, menerapkan dan menekankan cara hidup Islam di Malaysia.

Wallahuaklam.

Kelebihan Bulan Syaaban

 (source - google)

Marilah kita sama-sama merebut saham akhirat yang tidak terhingga rahmat dari-Nya.

Rasulullah s.a.w bersabda;
  •  “Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan Syaaban atas segala  bulan   itu  seperti  kelebihanku  atas kamu.”
  • “ Syaaban bulanku, Ramadan bulan umatku, Syaaban mengikfaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadan menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”
  • “Bahawa puasa bulan Syaaban kerana membesarkan Ramadan, sesiapa yang berpuasa 3 hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat  atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu dan diberkatkan rezeki baginya.”
  • “Allah Taala membukakan pada bulan itu (Syaaban) 300 pintu rahmat.”
  • “Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam.Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’. Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhluk-Nya.”
  • “Sesiapa menyempurnakan  puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripadanya huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya pada hari Kiamat dan diwajibkan Syurga baginya.”
  • “Sesiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban diharamkan Allah tubuhnya dari api Neraka. Dia akan menjadi Taulan Nabi Yusuf di dalam  Syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud.”
  • “Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan bulan Syaaban? Mereka menjawab;“Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda;  “Kerana di dalam bulan itu bercadangkan kebaikan yang banyak sekali.”
  •  “Sesiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, akan dimasukkan dia ke dalam Syurga.”
  • “Sesiapa mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat / derhaka, maka Allah S.W.T. mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari bermacam jenis penyakit.”
  • “Sesiapa berpuasa 3 hari daripada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban serta 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya seperti pahala 70 nabi, dan seperti orang yang beribadah kepada Allah S.W.T. selama 70 tahun. Jika mati pada tahun itu maka bagaikan orang mati syahid.”

Berikut pula adalah beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. 
  •  Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
  • Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
  • Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
  • Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).
Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

(source - google)
  • Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
  •  Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
  • Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”. 
  • Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak. 
 Nota : 
  • Nisfu bermakna separuh ataupun 14hb
  • Kitab sahih Al-Bukhari dan Al-Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran
  • Sumber daru Ustaz Abdul Halim Abdullah

Bekerja atau surirumahtangga sepenuh masa, apakah pilihan anda?

Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak boleh lari dari membuat pilihan. Dari pilihan yang kecil seperti memilih menu sarapan sehinggalah kepada pilihan yang akan merubah struktur hidup seperti persoalan perkahwinan, kerjaya dan sebagainya.

Buat masa sekarang, dalam kehidupan Ina tidak menuntut Ina membuat apa-apa pilihan yang besar. Terutamanya pilihan seperti topik di atas iaitu samada Ina harus bekerja atau berada dirumah sepenuh masa. Ini kerana keadaan kewangan keluarga masih belum mengizinkan Ina membuat pilihan tersebut namun Ina dan suami sering berbincang bagaimanakah caranya untuk kami menuju kearah itu.

(source-google)
 Mungkin ada diantara pembaca yang turut mengalami situasi seperti Ina yang mana hati mahu memberi sepenuh perhatian pada keluarga tapi tuntutan belanjawan keluarga masih di tahap memerlukan pendapatan Ina untuk mempertingkat kualiti hidup. Namun Ina redha tambahan pula pinjaman pelajaran Ina yang masih belum habis dijelaskan.

Dalam hati yang sering tertanya-tanya bilakah impian Ina akan tercapai, Ina telah membuat beberapa kajian terhadap WAHM, SAHM, SOHO dan pelbagai lagi yang seiring dengannya. Pengalaman individu lain yang dapat memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga disamping ada pendapatan sampingan amatlah menginspirasikan Ina. Malah ianya sedikit sebanyak memberikan ina tips bagaimana nak mencapai impian Ina tersebut.

 (source-google)

Kenapa Ina sangat mengimpikan kerjaya sebagai seorang suri rumah tangga?
  
  • Masa yang tidak terhad kepada suami dan anak-anak. Sentiasa ada ketika mereka memerlukan Ina & menyediakan segala keperluan untuk mereka berdua dengan tenaga sendiri dengan kasih sayang.
 (source-google)
  •  Menyediakan makanan untuk keluarga dengan air tangan sendiri untuk setiap waktu yang diperlukan. Untuk bab ini, Ina perlu menambahkan lagi kemahiran didapur.  
(source-google)
 
  • Mendidik/mengajar sendiri anak secara langsung dirumah. Sekarang Ina hantar anak ke pengasuh dan Ina tau aktivitinya cuma bermain, berjalan-jalan ikut pengasuh dan menonton tv. Ina hanya berpeluang mengajar anak pada waktu malam dan cuti sahaja, itupun kalau badan tak penat.
  •  Tidak perlu memohon cuti untuk apa-apa kes kecemasan dan tentunya dapat mengikuti jadual kerja suami Ina tanpa perlu mengambil kira faktor cuti Ina.
  • Menghantar dan menjemput anak dari sekolah kelak. Ataupun menyambut kepulangan anak dan suami di rumah dengan makanan yang telah sedia terhidang.
  • Boleh memberi tumpuan yang lebih pada aktiviti kraftangan Ina dan mungkin boleh dilakukan dengan lebih serius dan memperkembangkan lagi pasaran dan produknya.
  • Merancang jadual kerja rumah, menu dan aktiviti keluarga dengan lebih teratur.
Banyak-kan? Itulah sebabnya Ina nak menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Tapi tidaklah bermakna Ina tidak menyukai kerja Ina sekarang, cuma hati Ina mungkin akan lebih bahagia jika lebih banyak masa bersama keluarga.

Anda pula bagaimana? Adakah anda juga mempunyai impian yang sama dengan Ina dan kenapa anda ingin menjadi surirumah tangga sepenuh masa?

Kongsikan cadangan atau pandangan anda diblog/web anda berkenaan topik ini dan pautkan ke entri Ini. Kongsikan juga link anda diruangan komen ini supaya Ina boleh kongsikan di entri akan datang dan supaya pembaca lain boleh ke blog anda.

Pembuka Bicara

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Syukur Alhamdulillah kerana diizinkan Allah untuk membuka blog ini setelah sekian lama memikirkannya. Semoga dengan kewujudan blog ini boleh memberi manfaat kepada Ina dan pembaca semua seiring dengan objektif kewujudannya.

Sekian pembuka bicara.